bunga

bunga

Sejarah Sekolah


Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja terletak di tepi jalan raya antara Kampung Tebuan, Sedim dengan Kampung Lindungan Raja dan kedudukannya 30km dari bandar Kulim. Sekolah ini pada awalnya diberikan nama Sekolah Kebangsaan Sedim dan telah didirikan pada 1 Jan 1958 di atas tanah seorang penduduk kampung iaitu Pak Teh Hamid. Tanah tersebut telah dibeli oleh pihak kerajaan untuk membina sekolah tersebut. Nama sekolah ini diambil bersempena dengan mukim kampung ini iaitu Mukim Sedim.
 Pada tahun 1966, bilangan murid bertambah kepada 100 orang. Jumlah tenaga pengajar juga bertambah kepada 7 orang dibawah pimpinan seorang guru besar iaitu Encik Hamid. Pada masa itu sekolah mempunyai seorang tukang kebun dan seorang kerani pejabat.
 Pada tahun 1991, infrastruktur dan kemudahan sekolah dilengkapi dengan kantin, surau, bilik darjah, makmal sains, bengkel kemahiran hidup, pejabat, tandas dan lain-lain. Jumlah murid pada masa itu meningkat kepada 300 orang dan kakitangan sekolah 30 orang termasuk guru dan bukan guru. Pada tahun 2002, pembinaan dua blok bangunan sekolah yang baru dijalankan. Pemindahan dari blok bangunan lama ke bangunan baru tersebut telah dijalankan pada bulan Disember 2002 dan dapat digunapakai sepenuhnya pada awal januari 2003. Namun demikian bilim darjah Prasekolah, Pendidikan Khas, Pemulihan dan bilik Bimbingan dan Kaunseling kekal di bangunan lama.
Pada tanggal 6 Mei 2003, Sekolah Kebangsaan Sedim telah ditukarkan nama kepada Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja dengan suara majoriti hasil cadangan ususl cikgu Junid bin Mahamood dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 yang diadakan pada 25 Mei 2002. Ketika itu jawatan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja dipangku oleh Tuan Haji Md.Fuzi bin Hashim Penolong Kanan 1 Pentadbiran. Nama sekolah yang baru ini diambil bersempena denga sejarah persembunyian Kesultanan Melayu Kedah daripada keganasan tentera Jepun di Kampung Lindungan Raja iaitu bersebelahan dengan sekolah ini. Logo lama sekolah ini telah ditukarkan dengan logo baru yang telah direkacipta oleh Cikgu Mohd Za'in bin Dahaman dan En.Mohd Anwar Ariffin. Pertukaran nama sekolah ini dirasmikan oleh Tuan Haji Abdullah bin Saad, Pegawai Pelajaran Daerah Kulim, Bandar Baharu pada tanggal 10 Oktober 2004. Pada tahun 2004, satu blok daripada tiga blok bangunan lama diambil oleh Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Kedah untuk dijadikan sebagai Pusat Kokurikulum di daerah Kulim/Bandar Baharu. Ini memandangkan kedudukan strategik sekolah ini berdekatan dengan Lata Arus Deras Sedim yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

No comments:

Post a Comment

menu button